Showing posts with label kambing. Show all posts
Showing posts with label kambing. Show all posts

Tuesday, 18 September 2012

Kelebihan kambing Jamnapari


Memandangkan permintaan terhadap daging dan baka kambing cukup tinggi di Malaysia pada masa kini, projek penternakan ini merupakan satu projek yang berpotensi tinggi untuk di maju dan di usahakan.
Setiap baka kambing mempunyai kelebihan dan juga kelemahannya, samaada ianya Jamnapari, Boer, Saanen, Katjang mahupun Biri Biri. Namun apa yang perlu di utamakan adalah sistem penternakan dan pengurusan yang baik.

Malaysia yang berkeadaan cuaca panas dan lembab sepanjang tahun akan meningkatkan lagi masalah ternakan terdedah kepada jangkitan bakteria, infestasi cacing dan kutu serta jangkitan kuman fungus. Adalah penting untuk mendapatkan baka yang tahan lasak dan dapat mengadaptasi kepada keadaan ini dengan baik ataupun dapat melakukan perkahwinan silang dengan baka tempatan bagi meningkatkan lagi daya ketahanan ternakan terhadap penyakit.


Dengan alasan inilah maka pihak Segi Ternak Sdn Bhd telah memulakan penternakan kambingnya dengan jenis Jamnapari sahaja dahulu memandangkan jenis ini mempunyai daya adaptasi dan ketahanan yang tinggi terhadap penyakit dan kelebihannya menyesuaikan diri pada persekitaran iklim di Malaysia memandangkan secara semulajadinya ianya di ternak di kawasan beriklim khatulistiwa. Kelebihan Jamnapari ini juga adalah:

- Pembiakannya berkembang dengan pantas dan efisien iaitu 2 kali setahun dengan purata 2 ekor anak setiapkali kelahiran malah berupaya melahirkan sehingga 4 ekor anak dalam satu masa.
- Matang ketika berumur 6 bulan dan pada usia 10 bulan sudah boleh mengawan.
- Saiznya besar dan berat. Berat dewasa puratanya adalah 36 – 65 kg seekor dan boleh mencapai sehingga ke tahap 100 kg keatas.
- Boleh di jual sewaktu umur 6 bulan (berat 20kg) samada untuk pembakaan atau penyembelihan.
- Pertumbuhan berat badan adalah tinggi iaitu antara 4 hingga 6 kg sebulan.
- Kadar kematian rendah

Serigala dan 7 ekor Anak Kambing


Pada zaman dahulu,seekor ibu kambing telah melahirkan tujuh ekor anak.Pada suatu hari,ibu kambing hendak keluar mencari makanan.Ibu kambing memberitahu kepada anak anaknya,"Serigala sangat licik,jadi apabila kamu semua mendengar suara dan melihat empat kuku hitamnya,jangan buka pintu."
 
           Serigala berasa begitu gembira setelah melihat ibu kambing meninggalkan rumahnya.Ia pun mengetuk pintu dengan kuat,"Cepat buka pintu,ibu sudah balik!"Tetapi anak anak kambing berkata,"Ini bukan suara ibu,suara ibu sangat lembut dan halus."
 
           Serigala tidak putus asa.Ia membeli kapur dan memakannya.Hasilnya,suara telah menjadi lembut.Kemudian ia pergi mengetuk pintu rumah kambing."Cepat buka pintu,ibu sudah balik dan membawa banyak makanan yang enak!"
 

           Walaupun suara serigala telah menjadi lembut,tetapi anak anak kambing telah melihat kuku hitam dan tajam itu,lalu berkata,"Kamu bukan ibu kami.Kamu adalah serigala kerana kamu ada kuku yang hitam lagi tajam."
 
             Serigala mencari tuan kilang penggilaing dan memaksanya membuatkan kuku hitam menjadi putih.Serigala sekali lagi mengetuk pintu rumah kambing.Anak anak kambing melihat kuku putih itu dan menyangkakan ibu mereka telah balik.
 
           Setelah anak anak kambing membukakan pintu,serigala terus menelan  enam ekor anak kambing sekali gus.Seekor anak kambing yang terselamat sempat bersembunyi di bawah kotak jam.Setelah kenyang,serigala tertidur di bawah sepohon pokok.
 
           Apabila ibu kambing balik,ia melihat keadaan rumah yang kucar kacir itu.Ia terus mencari anak anaknya.Akhirnya ia menjumpai anak kambing yang bersembunyi di bawah kotak jam.
 
           Anak kambing yang terselamat itu memberitahu ibunya perkara yang telah terjadi.Ibu kambing berasa begitu sedih dan berkata,"Serigala sudah kekenyangan,mesti ia tidak pergi jauh dari sini.Kita pergi carinya sekarang juga!"
 
           Akhirnya ibu kambing dan anaknya menjumpai serigala yang sedang tidur di bawah pokok.Ada sesuatu yang bergerak di dalam perut serigala.Jadi ibu kambing pun menyuruh anaknya balik ke rumah mengambil gunting dan jarum.
 
           Ibu kambing terus membelah perut serigala dengan gunting.Ia berjaya menyelamatkan keenam enam ekor anaknya.Anak anak kambing tidak mengalami sebarang kecederaan.Ini kerana serigala hanya menelan dan tidak mengunyah mereka.Apabila ibu kambing melihat anak anaknya masih hidup,ia berasa begitu gembira.
 
           Ibu kambing menyuruh anak anak mencari batu batu untuk diisi ke dalam perut serigala.Setelah memasukkan batu batu sehingga penuh,ibu kambing menjahit semula perut serigala.Setela serigala terjaga,ia merasa kekenyangan dan berasa sangat dahaga.
 
           Serigala berjalan ke tebing sungai.Ia tidak boleh berjalan cepat kerana perutnya berat.Ia masih tidak menyedari bahawa perutnya telah diisi penuh dengan batu.
 
           Oleh kerana perutnya terlalu berat,ketika serigala membongkok untuk meminum air,ia telah terjatuh ke dalam sungai dan mati lemas.Ibu kambing dan anak anaknya berasa begitu gembira apabila melihat serigala telah mati lemas.