Friday 12 July 2013

Amalan Sunat Di Bulan Ramadhan


1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)

2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)

3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”

4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)

5. Bersiwak atau menggosok gigi.
Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)

6. Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)

7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.

 

8. Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)

9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)

10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)

11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)

Saturday 11 May 2013

Tip SEO – Google Penguin Update


Penguin Update adalah salah satu ‘usaha’ baru oleh pihak Google untuk ‘melawan’ website dan blog yang menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk mendapatkan ranking yang tinggi di senarai carian google.com. Ia ada pro dan kontra sendiri, tetapi ia dilakukan untuk kebaikan semua pihak.
Secara asasnya, Google Penguin Update (bermula April 2012) adalah lebih kepada off-page SEO (terutamanya backlink), manakala Google Panda Update (bermula tahun Februari 2011) adalah lebih kepada on-page SEO seperti content yang ditulis. Kesemua ini dilakukan khasnya untuk membanteras website dan blog yang menggunakan sesuatu kaedah secara keterlaluan dan menyalahi peraturan Google.
Di antara tip yang perlu kita lakukan bermula sekarang agar serasi dengan ‘penguin update’ ini adalah:
  • Elakkan mengulang keyword yang sama dalam jumlah yang terlalu banyak. Kadar jumlah keyword yang dicadangkan dalam satu-satu post blog adalah dalam 4%.
  • Elakkan buat link ke website dan blog yang tidak bagus seperti laman web pornografi, scam dan pirate software (perisian cetak rompak).
  • Elakkan internal link yang berlebih-lebihan.
  • Gunakan laman web sosial seperti Facebook, Google+ dan Twitter untuk promosikan laman web / blog. Selain mempromosikan di sana, letakkan juga elemen-elemen social media website di blog kita seperti Facebook Page box, Twitter Profile dan Google+.
  • Elakkan buat link (link building) di footer blog orang lain (beli ruang link).
  • Gunakan kaedah-kaedah link building seperti penulis tetamu (guest post), review, advertorial dan komen yang berkualiti di blog-blog orang lain.
  • Tidak menggunakan ‘anchor text’ (keyword utama bisnes kita) untuk buat link di laman web atau blog lain. Pada ‘mata’ Google, semakin banyak link yang menggunakan keyword yang sama, ia seperti kita sengaja melakukannya untuk mendapatkan ranking yang tinggi. Jika dulu berkesan, sekarang / masa akan datang tidak lagi. Kaedah anchor text tidak dilarang, tetapi jangan terlampau melakukannya.
  • Menulis (memasukkan content) dengan lebih kerap atau konsisten.
Kesimpulan:
  • Lebihkan tulisan (content) yang berkualiti untuk pembaca (manusia).
  • Bina link di laman web atau blog yang berkualiti.
SEO adalah salah satu teknik Internet Marketing, tetapi ia mempunyai permainan tersendiri yang ‘memenatkan’. Tidak semua teknik dan strategi akan terus berkesan selamanya, sebaliknya ia kerap berubah dari semasa ke semasa. Namun satu tip yang sukar untuk berubah adalah Hasilkan content yang berkualiti

Formula Perniagaan Internet



Formula kejayaan perniagaan Internet tetap sama. Cuma strategi taktikal sahaja yang mungkin kerap berubah.
Formula kejayaan = Jumlah pelanggan/prospek yang besar + Laman web / ayat iklan yang menjual + Produk yang ada permintaan / potensi pasaran
Untuk laman web yang menjual, ilmu penulisan ayat jualan (copywriting) tidak banyak berubah sejak dahulu. Psikologi manusia masih sama sehingga kini.
Manakala produk yang mempunyai potensi pasaran pula, ia mempunyai dua kategori iaitu evergreen (yang selalu ada permintaan) dan trend (pasaran semasa).
Untuk mendapatkan pelanggan ataupun jumlah prospek yang besar (banyak), lakukan beberapa teknik yang efektif. Jika ditanya apakah teknik pemasaran yang efektif, saya cadangkan empat strategi taktikal berikut:
  1. Pemasaran artikel di rangkaian-rangkaian blog yang sesuai.
  2. Facebook Ads
  3. Pemasaran emel
  4. SEO melalui blog sendiri


Rezeki yang Berkat



Golongan yang mulia dan dikasihi oleh Allah SWT adalah golongan yang memiliki harta kemudian harta tersebut digunakan ke jalan yang diredai oleh Allah SWT iaitu :

 

1. Bersifat pemurah dan suka memberi sedekah dan menginfakkan harta di jalan Allah SWT.

2. Mempergunakankan hartanya untuk menuntut ilmu yang bermanfaat. Daripada ilmu yang diperolehi akan di sebarkan dan di sampaikan kepada orang lain.

3. Mempergunakan hartanya untuk membeli kitab suci al-Quran, tafsir al-Quran, hadis-hadis Nabi SAW, buku-buku agama , buku-buku tazkirah dan majalah-majalah Islam yang berupaya meningkatkan ilmu syarak dan memberi manfaat yang besar.

4. Membiayai pembinaan sekolah agama, maahad tahfiz, masjid-masjid dan pusat-pusat dakwah dan membiayai persekolahan anak-anak yatim dan golongan miskin untuk meneruskan persekolahan dan pengajian tinggi.

5. Hartanya di gunakan dalam bidang perniagaan mengikut cara Islam supaya dengan harta ini dapat dikembangkan dan dapat memperkukuhkan ekonomi umat Islam dan dapat di bayar zakat perniagaan.

Monday 24 September 2012

Perniagaan Internet


Sememangnya banyak kelebihan perniagaan di internet berbanding perniagaan konvensional. Antaranya adalah:


Perniagaan anda tanpa sempadan
Di Internet, anda meletakkan perniagaan anda tanpa sempadan. Perniagaan anda boleh dikunjungi dan diketahui oleh sesiapa sahaja walau di mana mereka berada di dunia ini. Anda meletakkan perniagaan anda bersaing dengan perniagaan-perniagaan hebat di Internet. Yang penting di Internet adalah promosi. Siapa yang hebat promosi, dialah dapat mengaut keuntungan yang lebih. Promosi di Internet bukanlah masalah besar. Letakkan gambar produk anda juga merupakan satu promosi. Mudah sahaja bukan??
Perniagaan Tanpa Had Masa
Perniagaan di Internet bermakna anda MEMBUKA KOMPLEK MEMBELI BELAH ANDA 24 JAM SEHARI, 7 HARI SEMINGGU DAN 365 HARI SETAHUN tanpa kos tambahan.

Mewujudkan Jaringan Perniagaan Tanpa Had
Di Internet, jumlah jaringan perniagaan anda adalah tanpa had. Anda boleh menghubungkan berapa banyak yang anda suka dengan perniagaan lain dengan mudah dengan membina pautan perniagaan lain di laman web anda. Anda tidak perlu meminta kebenaran terlebih dahulu kerana di Internet, semua ini bersifat global. Malah anda boleh membentuk komuniti perniagaan anda sendiri tanpa ada sekatan bersama-sama dengan perniagaan yang besar dan hebat.



Memberi Maklumat Perniagaan Dengan Lebih Baik
Dengan adanya laman web, anda dapat memberikan maklumat tentang perniagaan dan produk anda dengan lebih baik kepada orang ramai. Anda boleh menambah maklumat anda sentiasa pada bila-bila masa di mana jua anda berada. Anda dapat menerangkan seberapa banyak mungkin maklumat produk anda secara terperinci. Malah anda boleh menggunakan audio atau video untuk menerangkannya dengan lebih baik. Ruang FAQ (Frequently Ask Questions) juga dapat membantu pelanggan dengan cepat tentang produk atau perniagaan anda. 

Meluaskan Pasaran
Jika anda membuka kedai, pelanggan anda tertumpu kepada orang ramai di sekitar kawasan kedai anda. Jika anda membuka laman web perniagaan anda di Internet, anda membuka perniagaan anda kepada berjuta-juta orang di dunia ini. Pasaran anda terlalu luas sehingga merentas masa dan sempadan. 

Kos Yang Rendah
Anda adalah CEO dan Director perniagaan anda. Anda juga adalah Eksekutif Akaun perniagaan anda. Anda adalah setiausaha sehinggalah anda juga adalah pekerja di Perniagaan Internet anda. Anda tidak memerlukan sesiapa kecuali diri anda untuk mengawal satu komplek membeli belah milik anda di Internet. Bayangkan jika semua ini bukan di Internet? Mungkin anda memerlukan beribu-ribu tangan dan kaki malah juga kepala untuk mengawal semua ini.



Interaksi Secara Terus Dengan Setiap Pelanggan
Interaksi dan maklum balas dengan pelanggan sangat berguna di dalam perniagaan. Ia dapat mempertingkatkan mutu perniagaan anda. Di Internet anda dapat melakukan semua ini dengan mudah. Anda dapat melayan pelanggan secara personal di ruang email. Anda juga dapat memberi maklum balas dengan lebih berkesan kepada pelanggan dengan cepat, mudah tidak kira masa dan tempat. Pelanggan juga dapat memberi maklum balas dengan cepat terhadap perkhidmatan dan produk perniagaan anda. 

Memudahkan Agen Menghubungi Anda
Jika anda mempunyai Agen perniagaan di luar Internet, anda dapat berhubung dengan mereka dengan pantas. Segala laporan perniagaan dapat di hantar dengan cepat tidak kira masa dan tempat. Anda boleh menggunakan kemudahan di Internet seperti SKYPE atau Yahoo Messenger yang tidak mengenakan sebarang kos perhubungan anda. 

Memasarkan Produk Kepada Pelanggan Antarabangsa
Bayangkan produk anda bukan hanya dilihat oleh mereka di negara ini sahaja malahan semua orang di dunia. Jika produk anda tertumpu kepada satu golongan atau bangsa seperti contoh bangsa melayu, ia tidak menjadi masalah kerana bangsa melayu terdapat di mana-mana di dunia ini. Mereka pasti tertarik dengan produk anda kerana mereka dapat membelinya terus di Internet tanpa pulang ke Malaysia. 

Pasaran Secara Terus
Bayangkan jika anda menjual sesuatu produk yang mana produk ini anda hasilkan sendiri. Saya kasi contoh menulis buku. Anda memerlukan pihak penerbitan untuk menerbitkan buku anda dan kemudian pergi ke pengedar. Kemudian akan tiba kepada penjual dan barulah kepada pelanggan. Berapa banyak lapisan anda terpaksa pergi? Itulah pembahagian keuntungan yang perlu anda lalui. 

Di Internet, anda boleh mengedar dan menjualnya sendiri secara online. Keuntungan hanyalah untuk diri anda sendiri tanpa berkongsi dengan orang lain. 




Bertukar Maklumat Dengan Pantas
Perniagaan Internet dapat mewujudkan satu komunikasi dan persahabatan yang baik dengan peniaga lain. Maklumat tentang produk dapat diwujudkan melalui persahabatan ini. Malah persahabatan ini tidak kira besar mana syarikat anda. Yang penting adalah jualan anda di Internet. 

Pertimbangan Semasa Membuat Pinjaman Perumahan



Bank manakah yang menyediakan pakej perumahan (housing loan/mortgage) paling menarik? Adakah pakej Islamik lagi elok jika dibandingkan dengan pakej pinjaman konvensional? Bagaimana pula dengan kadar faedah (interest rate) yang ditawarkan oleh setiap bank?
Istilah ‘menarik’ untuk pinjaman perumahan adalah sangat subjektif dan secara keseluruhannya bergantung kepada objektif dan kemampuan bakal pembeli hartanah terbabit. Sebenarnya, tiada satu pun pakej pinjaman perumahan yang boleh memenuhi semua kehendak pelabur. Setiap pakej mempunyai keistimewaan dan kekurangan masing-masing (plus & minus point) bergantung kepada objektif bakal pelabur.
Elemen-elemen utama yang perlu diutamakan dalam memilih pakej pinjaman perumahan ialah:
Kadar faedah (Interest Rate)
Biasanya, setiap bank menawarkan pakej BLR-XXX%. BLR (Base Lending Rate) bermaksud Kadar Pinjaman Asas (KPA), iaitu kadar faedah yang dikenakan oleh setiap bank. Kadar ini berbeza-beza di antara bank kerana kadar ini bergantung kepada kadar OPR (Overnight Policy Rate) yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Pada masa kini, BLR untuk setiap bank berada pada julat 6.30%.
Sebagai pelabur yang bijak, kadar BLR untuk setiap bank patut disemak terlebih dahulu dan seterusnya menilai pakej pinjaman yang ditawarkan. Semakin rendah kadar faedah, maka jumlah faedah yang perlu dibayar sepanjang tempoh pinjaman akan menjadi lebih sedikit.
Contohnya, jika Bank A menawarkan pakej BLR-1.7% manakala Bank B pula menawarkan pinjaman pada kadar BLR-2.2%, bayaran ansuran masing-masing ialah RM 923 dan RM 870, bagi rumah yang bernilai RM200 000 dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM20 000. Hal ini menujukkan ‘keuntungan’ sebanyak RM53 setiap bulan jika pelabur tersebut memilih pakej dari Bank B.
Bagi pakej perumahan Islamik, kadar faedah akan ditetapkan (capped) pada 10% maksimum walaupun BLR bank terbabit meningkat sehingga 13%. Kebanyakan bank-bank utama seperti Maybank, CIMB dan Public Bank manawarkan pakej Islamik seperti ini. Bagi pelabur yang berminat pada kadar faedah tetap (fixed rate dan tidak bergantung kepada BLR semasa), pelabur boleh memilih ING kerana syarikat ini menawarkan kadar serendah 4.85% sepanjang tempoh pinjaman.
Margin pinjaman (Margin of Financing) 
Margin pinjaman ini bermaksud jumlah yang akan dipinjamkan oleh bank kepada pembeli. Sebagai contoh, jika bank menawarkan pakej MOF pada 90% untuk hartanah bernilai RM200 000, ini bermakna 90% daripada harga hartanah terbabit iaitu RM180 000 akan ‘dibayar’ oleh bank. Baki 10% atau RM20 000  perlu dibayar sendiri oleh pembeli sebagai bayaran pendahuluan. Oleh yang demikian, pakej pinjaman yang menawarkan MOF yang tinggi (biasanya 90%) perlu diutamakan jika pembeli tidak ingin mengeluarkan wang tunai dengan terlalu banyak. Kadang-kadang, bank akan menurunkan nilai MOF untuk sesuatu pinjaman jika rumah itu mempunyai potensi pelaburan yang rendah seperti  kawasan tersebut mudah berlaku banjir, rumah yang rosak teruk atau jangka pajakan (leasehold) hampir tamat.

Tempoh pinjaman (Loan Tenure)

Tempoh pinjaman merupakan antara faktor yang penting kepada pelabur muda ataupun yang berusia. Hal ini kerana bagi setiap pakej pinjaman perumahan, tempoh pinjaman yang ditawarkan bergantung kepada usia pelabur terbabit. Sebagai contoh, Affin Bank menawarkan pakej pinjaman yang mempunyai tempoh maksimum 45 tahun atau umur peminjam mencapai 75 tahun. Jadi, jika pelabur terbabit berusia 25 tahun, beliau boleh memohon pinjaman maksimum 45 tahun. Sebaliknya, jika pelabur tersebut berumur 50 tahun dan ingin membuat pinjaman daripada Affin Bank, tempoh maksimum yang diberikan hanyalah 25 tahun sahaja (bukan 45 tahun) kerana dalam tempoh itu, umur beliau telah mencapai 75 tahun. Walaubagaimanapun, tempoh pinjaman ini amat bergantung pada objektif pelabur terbabit seperti berikut:
•    Jika pelabur terbabit ingin menyelesaikan pinjaman secepat mungkin, pelabur terbabit dinasihatkan membuat pinjaman yang mempunyai tempoh yang singkat (seperti 25 tahun) tetapi bergantung juga kepada kemampuan untuk membayar ansuran bulanan. Hal ini kerana tempoh yang singkat akan menyebabkan ansuran bulanan menjadi tinggi dan di luar kemampuan pelabur. Kaedah ini biasanya dipilih oleh pelabur yang tidak suka berhutang atau membeli rumah tersebut untuk kegunaan sendiri.
•    Sebaliknya, jika pelabur terbabit ingin menjadikan rumah itu sebagai rumah sewa, tempoh pinjaman yang lebih lama seharusnya dipilih. Hal ini kerana penyewa hartanah tersebut seolah-olah menjadi ‘pembayar’ tetap untuk ansuran bulanan rumah itu dan keuntungan bulanan daripada bayaran sewa dapat dinikmati oleh pelabur.
Tempoh Lock-in (Lock-in Period) 
Biasanya, tempoh ‘lock-in’ yang ditetapkan oleh bank-bank tempatan ialah 3 atau 5 tahun. Apakah impak tempoh ‘lock-in’ kepada pinjaman perumahan? Maksudnya ialah bayaran penalti akan dikenakan kepada peminjam jika peminjam terbabit menyelesaikan pinjaman (loan settlement) tersebut sebelum tamatnya tempoh ini. Contohnya, bagi pinjaman perumahan Maybank, penalti sebanyak 3.5% daripada jumlah pinjaman akan dikenakan jika peminjam tersebut menjual rumahnya dalam masa 5 tahun.Oleh yang demikian, jika pelabur ingin membeli hartanah dan menjualkannya dalam masa terdekat (property flipping), tempoh ‘lock-in’ yang singkat atau kadar penalti yang rendah perlulah diutamakan supaya untung penjualan hartanah terbabit dapat ditingkatkan.
Berdasarkan elemen-elemen ini, bakal pelabur perlulah membuat soal selidik terlebih dahulu tentang kelebihan dan kekurangan setiap pakej pinjaman yang ditawarkan oleh bank-bank tempatan atau institusi-institusi kewangan.  Carta di bawah turut diselitkan untuk dijadikan rujukan utama bakal pelabur dalam membuat pemilihan pinjaman perumahan. Kemudian, pilihlah pakej pinjaman yang terbaik bergantung kepada objektif pelaburan dan kemampuan kita.

Ilmu perniagaan bantu tingkat pendapatan usahawan



JOHOR BAHRU 28 Mei - Usahawan kecil di negeri ini disaran mendalami ilmu perniagaan bagi membantu meningkatkan hasil pendapatan mereka pada masa depan.

klik sini : 101 Idea Perniagaan Internet



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, antara ilmu yang perlu dipelajari termasuk pentadbiran perniagaan serta pengurusan kewangan selain meluaskan rangkaian perniagaan itu sendiri.
"Ilmu perniagaan ini perlu diberi perhatian kerana kita sebagai peniaga perlu tahu aliran wang tunai perniagaan, banyak mana yang diperoleh dan banyak mana yang sudah digunakan.
"Selain ilmu dan rangkaian perniagaan, usahawan juga perlu memastikan kualiti produk sentiasa berada pada tahap tertinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Penyampaian Sijil dan Mesin Program Galakan Usahawan di pejabatnya, di sini hari ini.


Turut hadir pengawai pertanian daerah Johor Bahru, Mohd. Hafizh Hussain.
Pada majlis itu, seramai tiga usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) menerima bantuan berupa peralatan perniagaan yang keseluruhannya bernilai RM16,000.
Menurut Abdul Halim, bantuan yang disalurkan itu merupakan antara pendekatan yang baik bagi membantu para usahawan kecil memulakan perniagaan dan menggalakkan mereka menjadi kreatif dalam menghasilkan sesuatu produk