Bagaimana nak menulis karya kreatif?
Penulis kreatif seperti cerpen atau novel sebenarnya tidak dapat diajar. Pembimbing tidak dapat memberitahu seseorang bagaimana hendak menulis namun pembimbing dapat menerangkan bagaimana hendak menulis dengan lebih baik. Dengan kata lain, dalam diri setiap penulis, sudah ada idea atau cara penulisan mereka sendiri.
Seseorang penulis boleh menggunakan dialog untuk menghidupkan pemikiran, cerita boleh bergerak pada dasarnya melalui aksi, perlukisan cerita bergerak dengan latar pilihannya dan pendedahan akan memberikan gambaran atau tema tertentu sesebuah penceritaan (cerpen/novel).
klik sini : Jana Wang Dengan Ebook
Sesuatu yang perlu penulis buat:
- mestilah peka terhadap keadaan manusia dan berusaha memaparkan perasaannya.
- mestilah cintakan kata-kata supaya frasa yang dicipta akan mengharukan pembaca.
- mestilah meminati dunia penulisan dan mengasingkan diri dengan tulisan supaya dapat melihat apa yang baik dan yang buruk tentang tulisannya.
- mestilah mempunyai sikap yang teliti (sangat penting dalam berkarya).
- mestilah menjadikan tulisannya sebagai amalan harian, bukan hasil sekali sekala.
- mestilah menulis kerana mahu menulis, bukan kerana sebab yang lain seperti mencari nama, glamour dan wang semata.
- mestilah berani menghadapi cabaran, tidak mudah putus asa dan mampu menjadikan setiap karya yang ditolak sebagai dorongan untuk terus menulis.
- mestilah rajin menimba ilmu;. Seorang penulis harus mempunyai ilmu dalam setiap penceritaan yang digarap, contohnya, jika kita memasukkan sesuatu tempat dalam penceritaan kita, kita harus mencari info mengenai tempat tersebut. Seorang penulis yang bijak akan melakukan research terhadap apa yang ditulis terlebih dahulu, sebaliknya, bagi seorang penulis biasa, mereka lebih cenderung meminggirkan perkara ini kerana pada hemat mereka ia tidak penting. Di sinilah kita boleh melihat, sejauh mana penulis mampu membawa pembaca menghayati dunia mereka. Jika bercerita tentang France, carilah info yang menarik mengenai negara itu, seperti daerah2 yang terdapat di sekitar yang mempunyai daya tarikan, budaya mereka, makanan yang istimewa di sana dan sebagainya. Begitu juga dengan pekerjaan, jika bercerita tentang seorang arkitek atau engineer, jangan hanya tahu kerja mereka pergi ke site semata2, kena tahu jobscope mereka secara menyeluruh, barulah penulisan kita dapat membawa pembaca menghayati watak2 yang kita garap.
Okey, akhirnya, kita bicara pula bagaimana hendak menjadi seorang penulis terpulang pada diri masing-masing.
~ Bakat
Bakat adalah anugerah Tuhan yang besar dan sukar dilihat oleh mata kasar. Pada dasarnya, bakat perlu untuk membentuk diri seorang penulis tetapi terdapat beberapa percanggahan pendapat oleh para pengarang mengenai hal ini. Jadi simpulkan begini sahajalah.. amat beruntung jika seseorang penulis mempunyai bakat semula jadi tetapi jika tidak mempunyai bakat tetapi mempunyai daya usaha dan minat yang kuat juga boleh menjadi asas yang baik.
~ Minat
Minat ini memang penting, kalau ada bakat sekali pun tetapi tiada minat memang tak menjadi ye!
~ Rajin Membaca
Pembacaan akan memberi idea untuk menulis persoalan yang lain. Pembacaan akan melibatkan penamatan dan akan menimbulkan idea pertama. Ramai penulis tersohor mengakui hakikat ini seperti Anwar Ridhwan dan Khadijah Hashim. Tidak semestinya seorang penulis cerpen dan novel harus membaca cerpen dan novel sahaja. Pembacaan yang menyeluruh tidak kira apa pun bahan bacaan mampu menjana minda seseorang penulis dalam berkarya. Kadang-kadang berita di dalam akhbar mengenai kisah penderitaan ibu tunggal atau anak yatim boleh mencetuskan idea bagi sebuah cerpen yang sangat menarik dan menyentuh hati.
~ Mempunyai Cita-cita Untuk Menjadi Penulis
Jika kita mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang penulis, ia merupakan harapan atau pendorong yang sangat baik. Ramai di kalangan penulis muda pernah menyatakan mereka memang bercita-cita menjadi seorang penulis daripada kecil. Namun, ini sangat berbeza setiap seorang penulis. Menulis bagi sesetengah penulis adalah untuk memenuhkan kepuasan diri. Kadang-kadang mulut tidak terucap dengan apa yang terlihat di mata tapi melalui penulisan, segalanya dapat diluahkan.. hebatkan kuasa itu!
~ Rajin Menulis
Hah, yang ini sangat perlu. Jika ingin menjadi seorang penulis yang berjaya, rajin-rajinkanlah diri menulis ye. Semakin banyak kita menulis, semakin banyak idea yang akan datang dan semakin baik corak penulisan kita.

No comments:
Post a Comment