Tuesday, 18 September 2012

Peribadi Usahawan Internet


Masyarakat kini semakin sedar kepentingan mempunyai sumber pendapatan tambahan malah ada yang hanya menjadi usahawan yang menjana pendapatan dari internet sebagai kerjaya utama. Benarkah seseorang itu boleh memulakan perniagaan hanya dari rumah dan menggunakan internet sahaja? Jawapannya BOLEH. Memang sesiapa pun boleh memulakan perniagaan dari rumah. Samada jiran anda, mak cik, pak cik , rakan sekerja, mereka semuannya boleh. Tapi bukan semuanya mampu terus membina, mengembangkan dan mengekalkan perniagaan tersebut. Ada dua perkara berbeza di sini. Memulakan dan membina perniagaan internet adalah dua perkara yang berbeza.
Apa yang kita harus lakukan untuk terus memajukan perniagaan kita ini? Kita memerlukan ciri-ciri seorang usahawan yang sejati. Ciri-ciri ini boleh ditanam dan dipupuk walaupun pada asalnya kita tidak mempunyainya.
Ini merupakan antara langkah untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Sentiasa Mengambil Berat Tentang Pengurusan Kewangan.
Para usahawan sentiasa mengetahui berapa banyak wang yang mereka ada dan tahu nilai dan kos bagi sesuatu perkara. Ini penting supaya mereka boleh mengawal segala aliran perbelanjaan, pendapatan dan mengetahui keuntungan yang mereka perolehi agar perniagaan dapat diteruskan.
Mempunyai Sifat Tidak Mudah Mengalah.
Mereka ini suka bersaing. Tidak pernah kenal putus asa dan sukakan cabaran untuk bersaing. Sesetengah daripada mereka ini sewaktu di sekolah atau kolej dahulu aktif dalam pertandingan sukan. Ada juga yang bersemangat dalam pelajaran untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang supaya mereka dapat menjadi kebanggaan ibu bapa dan para guru mereka. Sifat beginilah amat penting bagi seorang usahawan.
Mengamalkan Gaya Hidup Yang Sihat.
Mereka makan makanan yang sihat dan mendapat tidur yang cukup supaya tenaga yang terhasil dapat disalurkan untuk aktiviti-aktiviti produktif dan mendatangkan hasil yang positif. Mereka jarang sekali pergi melepak membuang masa di luar tanpa sebarang tujuan.
Berani Mengambil Risiko.
Seorang usahawan yang menjalankan perniagaan di internet tidak gentar dengan apa jua risiko yang bakal mereka hadapi. Risiko yang diambil boleh sekecil-kecil hanya dengan membeli ruangan iklan di blog-blog yang bertrafik tinggi sehingga meletakkan iklan di akhbar-akhbar tempatan yang berharga ratusan ringgit. Tanpa sifat begini amat susah untuk anda membina perniagaan anda.

Seni SEO - Trafik Percuma Dari Google!


Sentiasa Mempunyai Idea-idea Baru
Mereka selalu memikirkan dan mencari idea dan cara baru untuk menambah pendapatan perniagaan mereka. Minda mereka sentiasa terbuka dengan idea-idea baru yang boleh mereka terus cuba aplikasikan dalam kehidupan sebenar mereka.
Bekerja Secara Beretika
Usahawan yang sejati sentiasa menjalankan tanggungjawab mereka dan bekerja dalam keadaan yang beretika dan penuh telus. Mereka akan berpegang pada setiap janji dalam setiap urusan bersama pihak-pihak yang terlibat dalam kerja mereka.

No comments:

Post a Comment